Tuan/Puan
PER : Rayuan Pinjaman Qardhul Hasan atau Sumbangan (Wakaf/Zakat/Infaq)
Adalah merujuk pekara seperti di atas, saya Ustaz Ahmad Mahfuz Amin selaku mudir Akademi Darul Huffaz Pusat Bimbingan Ummah dengan menyatakan rasa kerendahan hati ingin memohon jasa baik kepada ibu/bapa, saudara/saudari, dermawan/dermawati dan peserta warga emas untuk membantu meringankan beban dan tanggungan kami dalam membiayai pembelian sebuah bangunan asrama (Asrama Khadijah). Rumah tersebut telah digunakan semenjak 5 tahun hingga kini sebagai asrama perempuan untuk kediaman penuntut warga emas dan penempatan pelajar anak-anak yatim semasa kem tahfiz bulanan dan tahunan dijalankan.
2. Atas sebab-sebab tertentu pemilik rumah tersebut bertindak untuk menjualkan rumah itu dengan kos RM130,000 dalam tempoh terdekat sehingga pertengahan bulan Januari 2011, Oleh itu pihak pentadbiran Darul Huffaz yang selama ini menyewa bangunan tersebut terpaksa membelinya sekiranya tidak mahu bangunan tersebut di jual kepada pihak lain. Dalam situasi semasa pihak kami sebenarnya tidak berkemampuan untuk membiayainya dan berhasrat untuk merayu kepada mana-mana individu untuk menhulurkan sumbangan atau pinjaman bagi menyelamatkan bangunan asrama tersebut.
3. Dengan ihsan, saya sekali lagi merayu dan berharap agar tuan/puan dapat membantu seikhlas hati dan semoga program kem tahfiz perdana untuk warga emas, anak-anak yatim dan anak-anak tuan/puan dapat diteruskan seperti biasa pada masa akan datang, insyallah. Sekiranya tuan/puan berhasrat untuk membantu bolehlah disalurkan melalui akaun MAYBANK atas nama Pusat Bimbingan Ummah (A/C: 558042800170) Atas segala partisipasi dan perhatiannya kami dahulukan dengan ucapan terima kasih, semoga amal baik tuan/puan mendapat imbalan dari ALLAH SWT.
Amin……
Yang benar,
Ustaz Hj. Ahmad Mahfuz Bin Hj. Amin Al-Hafiz
Pengarah Urusan / Mudir Darul Huffaz




